Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial Semasa Pandemik COVID-19

Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial Ketika Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti;

a) Perubahan tingkah laku kepada individu:

  • Sentiasa kelihatan sedih dan murung;
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;
  • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan;
  • Mengalami gangguan tidur dan selera makan;
  • Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling; dan
  • Menyalahguna alkohol dan dadah.

b) Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga.
c) Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti:

a) Mengambil serius tentang masalah yang dialami;
b) Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;
c) Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;
d) Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut;
e) Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut;
f) Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan
g) Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional.

Pihak media juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab (Guidelines for Media Reporting on Suicide) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan KKM tentang tingkah laku bunuh diri.

Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video ataupun mengedarkan gambar di media sosial tentang individu yang membunuh diri. Bunuh diri boleh dicegah, namun, tindakan viral di media sosial juga boleh mengundang ‘copycat suicide’ bagi mereka yang berisiko.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;

1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

2. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

3. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214

4. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Sehubungan dengan itu juga, KKM menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang akan membantu rakyat dalam menghadapi kesan sosio-ekonomi pandemik COVID-19 ini. Sumbangan makanan daripada penduduk setempat kepada yang memerlukan amatlah dialu-alukan.

Bagi individu-individu dan isi rumah yang berkelayakan, bantuan kewangan serta pelbagai bantuan lain termasuk berbentuk moratorium pinjaman daripada institusi-institusi berkaitan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam perlulah dimanfaatkan sebaik, dan perlulah dimohon sekiranya diperlukan.

Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah dan terkesan dengan pandemik agar mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri. Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini.

MODEL 3

MODEL 3

Pendahuluan

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Menabung amalan mulia. Ibu bapa hendaklah menerapkan amalan ini sejak kecil lagi. Persoalannya apakah faedah-faedah amalan menabung kepada seseorang?

 Ayat topik Faedah-faedah amalan menabung kepada seseorang adalah dapat memupuk nilai berdikari dalam diri seseorang.  
     
       
 Ayat huraian Lebih bertanggungjawab dan bijak menguruskan wang sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. 
 Ayat contoh Apabila seseorang ingin membeli sesuatu, dia boleh menggunakan wang simpanannya – contohnya membeli kereta idaman – usaha tangga kejayaan.  
     
       
 Ayat kesan Tidak perlu berhutang dengan bank yang mengenakan kadar faedah yang tinggi 
 Ayat penegasan Jelaslah bahawa, faedah-faedah amalan menabung kepada seseorang adalah dapat menyemai nilai berdikari dalam diri seseorang.  
     
       
      
 Ayat topik Faedah-faedah amalan menabung ialah seseorang itu  dapat menggunakannya wang tabungan pada waktu kecemasan   
     
      
 Ayat huraian Dengan adanya duit simpanan, kita tidak berasa risau jika berlaku masalah yang tidak dijangka atau secara mengejut 
     
      
 Ayat contoh Kereta rosak – perlukan duit yang banyak untuk membaikinya. Jatuh sakit dan memerlukan rawatan yang berkos tinggi – sediakan payung sebelum hujan. 
     
 Ayat kesan Tidak membebankan ahli keluarga yang lain – tidak berhutang dengan orang lain untuk kegunaan sewaktu kecemasan.  
     
       
 Ayat penegasan Tuntasnya, faedah amalan menabung ialah seseorang itu boleh menggunakannya pada waktu kecemasan.   
     
 Ayat topikFaedah-faedah amalan menabung ialah seseorang itu dapat membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke menara gading. 
   
 Ayat huraianSupaya dapat menjamin masa depan yang lebih cerah 
 Ayat contohSelepas SPM dapat lanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dapat membiayai kos perbelanjaan dan tidak perlu membuat pinjaman pendidikan – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 
   
   
   
 Ayat kesanDapat mencapai cita-cita yang diimpikan hasil daripada amalan suka menabung – tidak membebankan ibu bapa. 
   
    
 Ayat penegasanOleh itu, faedah-faedah amalan menabung kepada seseorang adalah dapat membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 
   
    
    

Penutup

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak faedah amalan menabung kepada seseorang. Media massa seperti televisyen hendaklah menyiarkan iklan atau dokumentari tentang kebaikan amalan menabung. Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Peranan Ibu Bapa Dalam Menyemai Semangat Kasih Sayang

Peranan Ibu Bapa Dalam Menyemai Semangat Kasih Sayang

Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.

Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.

Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak. Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu dalam masyarakat akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli masyarakat.

Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi, hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak akan mencari ‘kasih sayang’ di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan mereka.

Masyarakat penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang.

Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan mereka semaksimum mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah, individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang.

.

Setting

Short Story Leaving : Setting

Physical setting

It is set in Upanga, Tanzania, a place where they can hear the sounds of insects and small animals. They are close to the wild land. It is a lonely, frightening place, the narrator says.

Social setting

Aloo’s family is interested in education and self-improvement. The mother is very hard-working and wants the best for her children. The people are generally poor. The mother is keen to break out of the poverty cycle though education.

Time

It is set in the present times.

Moral Values

Short Story Leaving : Moral Values

  • Rational thinking is important.

Aloo’s mother has to stop being emotional and think rationally to bring happiness and peace back into the home. She is shown as being balanced and rational as she even sells her store and moves house to ensure that the children concentrate on their studies. She is willing to discuss Aloo’s future with a school officer before making a decision.

  • Diligence is what brings success to Aloo.

He is hard-working and smart. He does well in his studies and passes exams with distinctions. While applying to the American universities, Aloo reads up on the strange and interesting courses that are available and about the exciting new world that is waiting for him.

  • Responsibility can bring success in life.

Aloo’s mother is a responsible mother. She makes sacrifices for the sake of her children. Aloo is a responsible student as he does well in school and obtains a place in the university. He also wants to study medicine and is accepted by an American university purely on the basis of his results. He is very responsible. He even promises his mother that he will not do anything to upset her values and beliefs. He does not think selfishly or act defiantly. He only shouts at her on one occasion when he feels very disappointed that she gave him hope and then dashed it.

Tone and Mood

Short Story Leaving : Tone and Mood

The tone is heartwarming and generally, reflects the love and care the family members have for each other. There is a caring sensitivity that runs through the story. The mood is positive and optimistic. There is a sense of hope because the main character wants to better himself and seek his fortune in the great wide world.

Question and Sample Answer (6)

Question 6

Which character in the novel do you sympathize withExplain whyyou sympathize with this character with close reference to the text.

Sample Answer :

The novel that I read was ‘Dear Mr Kilmer’ by Anne Schraff. The character I sympathized with was Hannah Schermer. There were three reasons why I sympathized with her.

Firstly, her schoolmates called her ‘Dirty Hun’. They evenscrawled “Dirty Hun” all over her book cover. Some Turtle Lake people believed that Huns were a barbaric clan originated from Germany. They said that the Schermers were unpatriotic because they spoke German and served Hun food at their tavern while a war was going on against Germany. Starting from this incident, the Schermers were always being mistreated by some of the Turtle Lake people.

Secondly, her parents’ tavern was vandalised. They painted “Dirty Huns” all over the walls. Mrs Hansen asked her class to sign a sympathy card for the Schermers. The troublemakers like Abner, Harry, Blanche and Peggy refused to sign the card. They warned other classmates not to sign the card. The boys were afraid Abner and Harry would hit them. The girls worry that popular girls like Peggy and Blanche would not speak to them. However, Richard was the only student who signed the sympathy card for Hannah Schermer.

Thirdly, people unfairly denied her role as Lady Liberty.Hannah won the roles of Lady Liberty because she wrote the best essay. Mrs Hansen asked the class to write an essay as one of the activities for a patriotic programme which helped sell Liberty bonds. Many students were angry when Hannah won the role. They regarded Hannah as an unpatriotic German although she was an American citizen. Some parents complained to the principal and demanded Mrs Hansen to choose someone else. Mrs Hansen did not change her mind. Hannah told Richard that her essay started a little war in Turtle lake. She did not want to cause any more problems. So she declined the role of Lady Liberty. Richard wanted to support Hannah.

In conclusion, although Hannah Schermer and her family was mistreated by some Turtle Lake people, they remained calm and patient.

……………………………………………………………………………

Plot – Teknik Plot (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Plot – Teknik Plot (Novel Tingkatan 2)

Plot – Teknik Plot

Pemerian. Contohnya, pengarang telah memerihalkan keadaan Zahar yang sedang bersiap-siap untuk menghadiri program suai kenal pada hari pertama dia mendaftarkan diri di IKM.

Dialog. Contohnya, perbualan Zahar dengan Pak Yusuf.

Imbas kembali. Contohnya, Zahar teringat pertemuannya dengan Suhaili di City Point, Alor Setar.

Kejutan. Contohnya, Zahar menolak tawaran Suhaili yang mahu menolongnya mendapatkan pekerjaan tetap di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad.

Saspens. Contohnya, pembaca tertanya-tanya perkara yang akan dilakukan oleh Suhaili apabila mengetahui Zahar sedang menjalani latihan praktikal di kilang tempatnya bekerja.

Monolog dalaman. Contohnya, Zahar berkata dalam hatinya bahawa kata-kata Pak Yusuf itu benar tetapi Pak Yusuf tidak tahu betapa lukanya hati Zahar.

Sinopsis Bab 19, 20, 21 (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Sinopsis Bab 19, 20, 21 (Novel Tingkatan 2) 

Bab 19: Kekesalan

– Kedatangan Zahar untuk menjalani latihan praktikal di kilang tersebut menyebabkan Suhaili berasa tidak selesa

– Segalanya berlaku secara kebetulan tanpa dirancang

– Selepas berhenti kerja di Petaling Jaya, Suhaili telah bekerja di kilang perabot tersebut

– Suhaili berperang dengan dirinya sendiri

– Suhaili tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Zahar nanti

– Suhaili pergi ke bilik Miss Ooi di bahagian personel

– Miss Ooi bertanyakan sebab Suhaili kelihatan panik tadi

– Suhaili  tidak  menjawab  pertanyaan  Miss  Ooi  sebaliknya

bertanyakan tarikh Zahar melaporkan diri kepada Miss Ooi

– Miss Ooi mengatakan bahawa sudah seminggu Zahar melaporkan diri

– Suhaili bertanyakan prestasi kerja Zahar pula

– Miss Ooi memberitahu Suhaili bahawa menurut Manaf, Zahar merupakan seorang pekerja yang rajin dan mempunyai potensi untuk maju

– Akhirnya, Suhaili mengatakan bahawa Zahar rakan sekampungnya

.

Bab 20: Tiada Kemesraan

– Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di kilang itu

– Sikap Zahar yang suka merendah diri, senang didekati, dan mudah mesra memudahkan dirinya diterima

– Rakan serumah Zahar, iaitu Razali, lebih pendiam, masih solo, rajin, dan tidak banyak kerenah

– Oleh sebab tempat kerjanya jauh, Zahar telah mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli sebuah basikal

– Pagi itu, Zahar bekerja seperti biasa

– Encik Manaf datang menemui Zahar – memberitahunya bahawa Penolong Unit Pemasaran hendak berjumpa dengannya

– Zahar sungguh terkejut kerana orang yang hendak berjumpa dengannya ialah Suhaili

– Menurut Suhaili, dia bosan bekerja di Petaling Jaya – selalu tertekan dan jalan pula selalu sesak

– Suhaili memberitahu Zahar bahawa dia dapat membantu Zahar untuk menjadi pekerja tetap di kilang tersebut

– Pertolongan Suhaili itu ditolak mentah-mentah kerana prinsip Zahar tidak akan mengemis kepada sesiapa

– Zahar berpendapat bahawa tidak guna bergaji lumayan dan berjawatan tinggi tetapi hati terkongkong

– Bagi Zahar, sikap tidak setia kepada sesuatu pekerjaan tidak akan membawa ke mana-mana, malah menjadikan seseorang itu tidak ada prinsip dan harga diri

– Kata-kata Zahar menyebabkan Suhaili kehilangan idea untuk berkata-kata

– Zahar kemudian meninggalkan Suhaili dalam keadaan termangu-mangu

.

Bab 21: Tentang Dia

– Pada petang itu, Zahar dan Razali bersembang-sembang

– Razali bertanya tentang pertemuan Zahar dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran siang tadi

– Zahar memberitahu Razali bahawa Suhaili ialah rakan sekampung dan rakan sekelasnya dahulu

– Zahar tidak gembira bertemu dengan Suhaili kerana gadis itu pernah menghinanya dahulu apabila dia ingin belajar di IKM

– Penghinaan tersebut membuat Zahar lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya

– Razali percaya bahawa suatu masa nanti Zahar akan berjaya membuka bengkel perabot

– Razali membuka rahsia bahawa dahulu Suhaili sebenarnya bekerja di kilang elektronik di Petaling Jaya tetapi prestasi kerjanya merosot apabila dia putus cinta

– Semua kisah tersebut diketahui oleh Razali daripada seorang rakannya yang pernah bekerja di kilang yang sama dengan Suhaili

– Zahar akhirnya meminta perbualan tentang Suhaili dihentikan

– tidak mahu mendapat dosa kerana mengumpat

Sinopsis Bab 4, 5, 6 (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Sinopsis Bab 4, 5, 6 (Novel Tingkatan 2)

Bab 4: Pertemuan

– Perasaan Zahar berdebar-debar dan sedikit gugup untuk bertemu dengan Suhaili

– Zahar sengaja pergi awal ke Alor Setar kerana tidak mahu menaiki bas yang sama dengan Suhaili

– Zahar bimbang jika orang kampung ternampak kelibatnya bersama Suhaili pasti akan menjatuhkan air mukanya

– Saat yang dinanti-nanti pun tiba

– Zahar berasa sangat teruja untuk bertemu dengan Suhaili

– Zahar memberitahu Suhaili tentang tawaran yang telah diterimanya

– Suhaili kecewa kerana Zahar tidak meneruskan cita-citanya untuk ke ITM

– Zahar cuba mempertahankan dirinya – mengatakan bahawa dia tidak mampu – ibunya susah – terpaksa menanggung dua orang adiknya yang masih bersekolah

– Penjelasan Zahar tidak dapat diterima oleh Suhaili

– Suhaili memandang rendah pada lepasan IKM

– Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan masa depan yang baik untuk Zahar – beranggapan bahawa IKM hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat

– Zahar berasa terhina oleh kata-kata Suhaili

– Suhaili minta diri secara tergesa-gesa

– Zahar mengekori Suhaili dari belakang secara senyap-senyap

– Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan

.

Bab 5: Dilema

– Zahar berasa amat sedih

– Zahar teringat akan kata-kata Suhaili tempoh hari – penuh dengan penghinaan dan sindiran

– Kata-kata Suhaili itu tidak melemahkan semangat Zahar untuk mencapai cita-citanya

– Kemurungan Zahar disedari oleh Pak Yusuf

– Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia tidak apa-apa

– Zahar berdalih – agak sedih kerana terpaksa meninggalkan Pak Yusuf keseorangan bekerja di bengkel itu

– Hakikatnya kata-kata yang keluar daripada mulut Suhaili kelmarin benar-benar menghiris tangkai hati Zahar

– Pak Yusuf memujuk Zahar – berjanji untuk membantu persekolahan adik-adik Zahar sewaktu dia belajar di IKM

– Zahar berasa terharu

– Zahar berjanji akan belajar sungguh-sungguh hingga berjaya mencapai cita-citanya sebagai tukang perabot yang terkenal suatu hari nanti

– Perbualan Zahar dan Pak Yusuf terhenti apabila Mak Temah memberitahu Pak Yusuf bahawa hidangan telah siap

– Mak Temah meminta Pak Yusuf mengajak Zahar makan

.

Bab 6: Perjalanan

– Awal-awal lagi Pak Yusuf, iaitu adik kepada emak Zahar sudah sampai di rumah Zahar

– Pak Yusuf memberitahu emak Zahar bahawa dia telah menempah sebuah teksi untuk membawa Zahar ke IKM di Sungai Petani

– Zahar berasa kurang senang kerana Pak Yusuf telah menyewa kereta Pak Usin, iaitu bapa saudara Suhaili

– Tidak lama kemudian, Pak Usin tiba

– Tauke Lim turut menaiki teksi yang sama dengan Zahar dan Pak Yusuf

– Tauke Lim hanya menumpang teksi tersebut hingga ke Pekan Lama

– Tauke Lim memuji Zahar kerana mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pengusaha perabot

– Perjalanan mereka tiba di destinasi

– Zahar ke kaunter pendaftaran

– Zahar diminta mengisi satu set borang – menyerahkan borang itu kepada kerani yang bertugas

– Kerani itu memberitahu Zahar bahawa dia ditempatkan di asrama di dalam institut

– Zahar mencari Pak Yusuf

– Pak Yusuf memperkenalkan Pak Kamil yang turut menghantar anak gadisnya ke IKM kepada Zahar

– Hati Zahar berdegup kencang melihat anak gadis Pak Kamil yang bernama Norimi

 

– Norimi berasa sesuatu yang berbeza sewaktu melihat Zahar

– Norimi mengambil bidang Lukisan Seni Bina

– Mereka berjalan menuju ke asrama

– Dalam  perjalanan  menaiki  tangga  asrama  Zahar  melihat sekumpulan pelatih berkerumun di hadapan papan kenyataan

– Zahar membaca sekeping poster pada papan kenyataan itu

– minggu suai kenal akan diadakan pada hari itu – semua pelatih baharu diminta berkumpul di padang institut pada pukul 2:30 petang